Friday 18 May 2012

Kembalinya MATAWANG SYARIAH Di Abad Ini - siri 26



BOLEHKAH WANG KERTAS BERSANDARKAN EMAS DAN PERAK MENGGANTIKAN KOIN-KOIN DINAR & DIRHAM?

Walaupun wang-wang kertas itu ada sandaran emas atau perak padanya, kemungkinan hanya seberapa sahaja daripada nilai atas wang tersebut disandarkan dan sebahagian lagi tidak!
Atau katakan misalnya setiap wang-wang kertas yang dikeluarkan itu adalah 100% disandarkan kepada emas dan perak – masih juga ianya tidak menepati Syarak!
Sebabnya? Ya, syarat cirri ‘milikan sempurna’ masih tiada pada wang-wang kertas tersebut kerana ia semestinya hanyalah sebagai “jaminan daripada Kerajaan” yang mengeluarkan sahaja!
Jaminan Kerajaan tidak menepati syarat ‘milikan sempurna’ sebabnya telah bercampur hukum ‘jaminan’ dengan hukum ‘milikan sempurna’. Ciri ‘milikan sempurna’ ini maksudnya – kalaupun ia sekeping kertas, emas atau perak itu bertuan atau empunya penama yang sah.

Kedua-dua jenis hukum ‘jaminan Kerajaan’ dan ‘milikan sempurna’ ini tidak boleh campur adukkan! Perbahasan kedua – jika wang-wang kertas adalah akujanji ‘hutang’ sesebuah Kerajjan pula, maka jelaslah ianya kemungkinan ialah juga ‘dayn’ bukan kategori ‘ayn’ pun!
Sebagaimana penulis memberikan huraian pada keluaran-keluaran lepas, wang-wang kertas adalah ‘dayn’, Perbahasan ketiga – zahirnya ‘alat pertukaran’ atau ‘ayn’ pada resit tersebut sememangnya tiada pada masa bai’ atau majlis bai’ jual/beli itu berlaku.


Jelas kepada kita sekarang, walaupun wang-wang kertas adalah bersandarkan 100% emas dan perak ianya masih tidak menepati hukum-hukum Syarak dalam muamalah!
Persoalan kedua – Apakah cara sebegini lebih praktikal atau boleh dipraktikkan dalam masyarakat yang masih mengamalkan system Kapitalisma?
Persoalan ketiga – Jikapun ianya adalah lebih praktikal, berbanding dengan koin-koin emas dan perak yang berat dan tembus kocek; apakah sistem ini dapat bertahan dalam masyarakat?

Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, mari kita lupa seketika bahawa wang-wang kertas yang bersandarkan emas dan perak 100% dan dijamin oleh Kerajaan tidak menepati Syarak sebagaimana kita bahaskan diatas.
Kita tumpukan kepada persoalan apakah ianya ‘praktikal’ dalam system masyarakat yang masih mengamalkan sistem Kapitalis.




Sebagaimana yang penulis nukilan pada keluaran lepas, sistem Kapitalis adalah berpaksikan dua perkara yang penting dalam masyarakat Islam di Madinah Al Munawwarah – penggunaan wang-wang kertas dan sistem kewangan moden berasakan sistem perbankan.
Rintitan daripada ini ialah sistem-sistem lain umpamanya – system kewangan (bank-bank Negara, bank-bank saudagar, KLSE, Sistem Perbendaharaan dll (institusi berkaitan); sistem takaful dan insurans (serta lain-lain institusi berkaitan).

Kesemua sistem-sistem ani adalah sistem yang dilahirkan dalam masyarakat yang mengamalkan sistem Kapitalis. Asas sistem Kapitalis adalah dibina atas sistem ‘kredit’ atau ‘hutang’ dengan kepelbagaian nama – tetapi adalah hakikatnya sama sahaja – dibina atas asas ‘harta atas angin’!



Berbanding dengan sistem muamalah Syariah sebenar, maka perbezaan yang sangat ketara ini bermakna, tiada ada satu pun jalan tengah yang boleh diambil bagi meniti daripada sistem Kapitalis ke sistem Syariah sebenar melainkan ‘bermufaraqah’ sahaja!
Satu contoh yang paling mudah – pergilah cuba masukkan wang-wang Syariah kita – dinar dan dirham ke akaun-akaun bank Islam dan katakana pada mereka – ini kan koin matawang Syariah yang disebut dalam Al Quran nul Karim.
Saya nak simpan dalam akaun-akuan saya dengan sebuah bank yang diasaskan atas Syarak juga! Tengoklah mana mungkin mereka membenarkan wang-wang Syariah dimasukkan dalam akaun-akaun simpanan bank Islam!



Apabila asas sistem Syariah dan sangat bertentangan maka menggunakan wang-wang kertas yang bersandarkan emas dan perak walaupun 100% sandarannya – tidak mungkin boleh dilakukan!............ Bersambung.............