Wednesday 29 August 2012

Barang-barang kemas yang turut dijual


1 Dinar GCP (Emas 999.9 -4.25g)





DINAR EMAS 916 PUBLIC GOLD:



DINAR EMAS SRI AYU:


RANTAI TANGAN GAJAH SRI AYU 999.9:



Terdapat juga dalam 10g,20g,30g,50g dan 100g. Harga terendah dimalaysia!!!


Rantai Tangan 999 GCP

4. RT GCP 999 (20g)

5. RT GCP 999 (10g)




Sebarang pertanyaan SILA HUBUNGI DITALIAN

 014-5093021


LAIN-LAIN PRODUK:

1. BARANGAN CENDERAMATA
2. BUKU-BUKU ILMIAH BERKAITAN KEWANGAN ISLAM/RIBA/MATAWANG SYARIAH

3. PAKAIAN-BAJU T PELBAGAI DESIGN DINAR DAN DIRHAM.



Thursday 2 August 2012

kgt tiada penyelewengan



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.

"Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.

Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.

"Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.

Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.




(Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT)


Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.

Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.

Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.

Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.

Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.

"Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni.

Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud.

Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul.

Thursday 21 June 2012

Kenyataan Akhbar KGT




KENYATAAN AKHBAR
Tarikh: 19 Jun 2012
Sepanjang pengetahuan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (“KGT”), tidak ada laporan polis pernah dibuat ke atas mana-mana pegawai kami, khususnya KGT sendiri sebagai sebuah syarikat. Bilangan pegawai KGT juga adalah kecil.
Sukacita jika nama pegawai berkenaan disebut supaya KGT tidak secara liar dikaitkan dengan gambaran yang salah. Pada masa yang sama, suka ditegaskan KGT tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti lain selain menempa, mengedar dan menjual koin-koin dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.
Saya berharap pihak-pihak berkenaan lebih teliti dan professional dalam laporan dan kenyataan mereka serta tidak sewenang-wenangnya merosakkan nama baik KGT. Sementara itu kami sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi melindungi integriti dan reputasi KGT terhadap dakwaan-dakwaan yang tidak benar.
Sekian.

Mahadi Mokhtar
Pengurus Besar
Kelantan Golden Trade (KGT)


Sidang Media Khas Dato' Husam Musa 18 Jun 2012
http://www.youtube.com/watch?v=DD9qBQv5ST0

Kehancuran Dunia Akibat Riba-Kapitalis




Dunia hari ini berada diambang kemusnahan akibat dari kerakusan sistem riba-kapitalis yang lahir bersama dengan idealogi demokrasi-sekular. Perlaksanaan ekonomi kapitalis dalam bentuk sepenuhnya hendaklah mengadakan pasaran bebas, tiada kawalan harga, tiada had kawalan, mereka boleh memasuki atau keluar pasaran tanpa halangan dan aliran bebas modal. Selepas runtuhnya era komunis Soviet Union, pada awal 90an, USA melancarkan New World Order bagi melaksanakan sistem ekonomi kapitalis keseluruh dunia menerusi melalui WTO.

Ekonomi kapitalis ibarat raksasa Frankenstein, yang tidak patuh kepada sesiapapun walaupun kepada tuannya sendiri dan tidak mempunyai sifat peri kemanusiaan. Inilah ibarat sistem kapitalis yang dicipta barat yang diwakili oleh pemodal-pemodal antarabangsa yang tidak terikat kepada peraturan dalam negara tetapi negara hendaklah memenuhi kehendak mereka dan matlamatnya hanyalah mendapatkan keuntungan berganda semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar. Sifat sebenarnya kapitalis ini adalah lebih tepatnya sama seperti sifat Yakjuj-Makjuj yang bakal keluar di akhir zaman ini. Dalam al-Quran telah digambarkan bahawa Yakjuj dan Makjuj ini adalah satu kaum yang membawa kerosakan kepada manusia dan menjarah semua hasil mahsul bumi tanpa sebarang batasan. Dasar kapitalis menjanjikan pembangunan tanpa batasan bagi mendapatkan sumber kekayaan yang tiada hadnya.



Berbeza dengan kapitalis, pembangunan dalam Islam adalah sebaliknya. Pembangunan berteraskan Islam ini tentunya tidak boleh lepas lari dari bertunjangkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan Islam. Dalam kes ini prinsip-prinsipnya sekurang-kurangnya merangkumi enam perkara asas, yakni pertama, pelaku pembangunan; kedua, skala waktu pembangunan; ketiga kerangka pembangunan; keempat, perkaedahan pembangunan; kelima, peralatan pembangunan; dan keenam, matlamat pembangunan.

Pelaku pembangunan dalam pembangunan berteraskan Islam ini ialah manusia, manakala skala waktunya meliputi alam roh, dunia dan akhirat, kerangkanya ialah fardhu `ain, perkaedahan pembangunannya ialah ibadah, peralatan pembangunannya ialah sumber alam; dan akhir sekali, matlamatnya ialah mardhatillah atau keredhaan Allah SWT.

Secara kasar, prinsip pertama pembangunan berteraskan Islam, yakni manusia sebagai pelaku pembangunan, nampak seperti sama dengan pembangunan kapitalis. Pelaku pembangunan kedua-dua sistem pembangunan ini ialah manusia. Tetapi pada hakikatnya, manusia yang dimaksudkan di dalam pembangunan berteraskan Islam sebenarnya adalah berlainan dari manusia yang difahami di dalam pembangunan kapitalis. Manusia di dalam pembangunan berteraskan Islam adalah manusia hamba Allah dan khalifah Allah, manakala manusia di dalam pembangunan kapitalis adalah manusia ekonomi.



Status manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah ini membuatkan pelaku pembangunan berteraskan Islam mempunyai falsafah dan fungsi yang berbeza dengan pembangunan kapitalis. Sebagai hamba Allah SWT, mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara mengabdikan diri, atau beribadah, kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini, mereka terus menerus mempertahankan rasa kehambaan mereka kepada Allah SWT. Sebagai khalifah Allah SWT pula, mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT itu, atau wakil Allah di atas muka bumi ini.



Sebagai hamba dan khalifah Allah SWT juga, pelaku pembangunan berteraskan Islam tidak terikat dengan hanya aspek-aspek ekonomi yang dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata, sebagaimana yang difahami dengan pelaku pembangunan kapitalis. Sebaliknya, sebagai hamba Allah SWT, pelaku pembangunan di dalam pembangunan berteraskan Islam tidak putus mendirikan hubungannya dengan Allah SWT (hablum-minallah), di samping sebagai khalifah Allah SWT, menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia dan sumber-sumber alam (hablum-minannas). Ganjaran dari amalan menegakkan kedua-dua hubungan ini bukan saja didapati di dunia dalam bentuk material, tetapi juga di akhirat dalam bentuk syurga yang sungguh membahagiakan.

Atas sebab ini jugalah maka skala waktu pembangunan berteraskan Islam, sebagai prinsip pembangunan berteraskan Islam yang kedua, tidak hanya tertumpu kepada alam dunia semata-mata. Sebaliknya ia meliputi tiga alam, yakni alam roh, alam dunia dan alam akhirat.



Alam roh adalah alam sebelum lahirnya manusia ke dunia, di mana semua roh manusia telah mengakui bahawa mereka adalah hamba Allah SWT manakala Allah SWT adalah Tuhan semesta alam. Manusia kemudian dilahirkan ke dunia mengikut giliran masing-masing untuk melaksana dan membuktikan ikrar ini. Setelah itu manusia kembali ke alam akhirat untuk menerima ganjaran, sama ada baik atau buruk.

Ringkasnya, alam roh adalah alam perjanjian, alam dunia adalah alam pembuktian, dan alam akhirat adalah alam ganjaran. Ketiga-tiganya berhubungan secara intim. Alam roh menentukan corak kehidupan di dunia yang mesti diamalkan manusia berdasarkan pengakuan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa. Alam dunia memberikan ruang dan peluang kepada manusia melaksanakan corak kehidupan itu. Manakala alam akhirat menyediakan natijah, sama ada baik atau buruk, dari bentuk pelaksanaan corak kehidupan di alam dunia.



Penentuan di alam roh, pelaksanaan di alam dunia dan pembalasan di alam akhirat meliputi semua aspek kehidupan manusia. Dalam kes pembangunan, seperti juga dalam semua aspek kehidupan yang lain, ianya jelas mesti bertunjangkan kepada aqidah sebagaimana telah terbentuk di alam roh. Selain dari itu, di alam dunia manusia mesti menggunakan syari`ah sebagai garis panduan pelaksanaan. Natijahnya mestilah melahirkan peribadi-peribadi yang berakhlak.

Aqidah, syari`ah dan akhlak ini sebenarnya merupakan intipati kepada fardhu `ain yang wajib dimiliki dan diamalkan oleh setiap umat Islam. Aqidah boleh didapati melalui ilmu Tauhid. Syari'ah boleh didapati melalui ilmu Fekah. Manakala akhlak pula boleh didapati melalui ilmu tasawuf. Ilmu-ilmu fardhu `ain ini merupakan kerangka pembangunan berteraskan Islam, yakni prinsip pembangunan berteraskan Islam yang ketiga. Sebagai kerangka, ilmu-ilmu fardhu `ain inilah yang mencorakkan sesuatu pembangunan berteraskan Islam.

Pelaksanaan corak pembangunan berteraskan Islam ini pula mestilah berbentuk ibadah, yakni berbentuk pengabdian diri kepada Allah SWT. Untuk menjadi ibadah, setiap usaha pembangunan mestilah mencukupi lima syarat. Pertama, niat mestilah kerana Allah SWT; kedua, isinya tidak bertentangan dengan syari`at; ketiga, pelaksanaannya selari dengan syari`at; keempat, natijahnya juga mengikut syari`at; dan kelima, ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji tidak ditinggalkan. Jelasnya, syarat-syarat ibadah ini membentuk satu bentuk perkaedahan pembangunan berteraskan Islam, sebagai prinsipnya yang keempat.



Prinsip pembangunan berteraskan Islam yang kelima ialah berkenaan dengan peralatan pembangunan. Seperti juga dalam pembangunan kapitalis, peralatan pembangunan berteraskan Islam ialah sumber-sumber alam. Tetapi, seperti dalam kes manusia sebagai pelaku pembangunan, erti dan fungsi sumber-sumber alam mengikut pembangunan berteraskan Islam adalah berbeza dari pembangunan kapitalis.

Sumber-sumber alam dari kacamata pembangunan berteraskan Islam tidak hanya dilihat sebagai mempunyai nilai-nilai ekonomi semata-mata. Lebih dari itu, sumber-sumber alam ini dilihat sebagai anugerah dari Allah SWT kepada manusia, untuk manusia gunakan mengikut keperluan. Anugerah ini pula adalah merupakan ujian, untuk dilihat setakat mana manusia dapat berfungsi sebagai khalifah Allah SWT dalam menguruskan sumber-sumber alam ini. Hak milik mutlak terhadap sumber-sumber alam ini tetap hak milik Allah SWT. Manusia hanya merupakan pemilik sementara sahaja.


Akhir sekali, prinsip pembangunan berteraskan Islam yang keenam ialah berkenaan dengan matlamatnya, yakni untuk mendapat keredhaan Allah SWT, atau disebut mardhatillah dalam Bahasa Arab. Sesuatu usaha pembangunan tidak boleh dikatakan berjaya, walaupun mendapat keuntungan yang besar, sekiranya tidak diredhai Allah SWT. Hanya dengan keredhaan Allah SWT sahajalah seseorang akan memasuki syurga. Dan hanya dengan memasuki syurga sahajalah maka sesuatu usaha pembangunan itu dikira sebagai berjaya dengan sebenar-benarnya.



HEBAHAN:

Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 & Konvensyen Halal Sedunia Berasaskan Dinar Dan Dirham sebagaimana berikut:

Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN

8. PELANCARAN DINAR DAN DIRHAM BARU BERHOLOGRAM PERTAMA DIDUNIA






KUTIPAN DERMA UNTUK LEBUH RAYA RAKYAT DENGAN DINAR DAN DIRHAM, hubungi

HUBUNGI EN WAN AZIM WAN AZLAN (019-9988382)ATAU EN ISMAIL JOHARI(0199898965)DAN PN NORHAYATI MANSUR (017-9669535) untuk keterngan lanjut!!









PROMOSI:
DENGAN HANYA RM250 ANDA BOLEH MEMILIKI DIRHAM LIMITED EDITION BERSAMA BEKAS (HARGA BEKAS RM25) DENGAN PERCUMA!!! DAPATKAN SEGERA!!! DAN POS PERCUMA!!!!!!
HUBUNGI 0145093021(FAIS)

BERITA: Gempar!! Mata wang Euro akan Musnah dalam Beberapa Bulan lagi?


 


"Sepanyol telah memberi amaran bahawa jika pemimpin Eropah gagal untuk menunjukkan pasaran dalam beberapa minggu dimana euro harus dipertahankan dengan semua bayaran, maka mata wang perseorangan zon euro akan hancur.

Sumber terdekat dengan kerajaan Sepanyol mengatakan pada hari Rabu (6/6) lalu bahawa pertemuan terpenting di Brussels pada akhir bulan harus mencari penyelesaian dengan persetujuan untuk mendirikan perbankan zon Euro dan kesatuan pendapatan negara, http://www.blogger.com/img/blank.giftanpa perjanjian itu Euro akan hancur dalam masa beberapa bulan.

Eropah dilanda krisis kewangan yang serius pada tahun 2008 dan keadaan ini semakin meningkat dalam beberapa bulan terakhir.

Akibat daripada krisis kewangan dunia, ekonomi Sepanyol mengalami kemelesetan pada separuh kedua tahun 2008, mengakibatkan berjuta-juta pekerja menganggur.

Krisis hutang zon Euro semakin buruk dengan peningkatan kos pembiayaan Sepanyol dan bertambah kebimbangan bahawa negara itu mungkin perlu mencari pertolongan Kesatuan Eropah, seperti Greece.